Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Diskaun PTPTN Bermula 1...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan...

Pasukan Bola Sepak Beri...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar...

Khidmat ETS, KTM Komuter...

TANJUNG MALIM - Nahas membabitkan tren kargo dan tren KTM Komuter di Stesen...

Sistem Baharu Umrah Tawar...

MAKKAH – Satu sistem umrah yang baharu bakal diumumkan tidak lama lagi sekali...

SKMM Buru Sharifah Sofia Sebar Dakyah Palsu

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mula memburu pihak yang didapati menyebarkan maklumat palsu di media sosial  yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SLMM, Zulkarnain Mohd. Yasin berkata, pihaknya kini sedang mengesan pemilik akaun Facebook bernama Sharifah Sofia Syed Rashid.

“Dia dikehendaki untuk hadir ke SKMM bagi membantu proses siasatan berhubung penyebaran maklumat-maklumat yang belum ditentukan kesahihannya dalam akaun Facebooknya.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati wujud akaun ‎Facebook menggunakan profil Sharifah Sofia Syed Rashid yang digunakan untuk penyebaran maklumat-maklumat yang belum ditentukan kesahihannya. Pemilik berkenaan juga disyaki menggunakan pelbagai profil seperti Sharifah dan Kapten Sharifah untuk tujuan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Zulkarnain menjelaskan, maklumat-maklumat yang disebarkan dalam akaun FB tersebut bukan sahaja palsu bahkan berupaya menjejaskan ketenteraman awam.

Justeru, katanya, SKMM meminta mana-mana pengguna media sosial yang mempunyai maklumat mengenai pemilik akaun FB tersebut untuk tampil membantu siasatan.

“Mana-mana pihak yang cuba menyebarkan maklumat-maklumat palsu di media sosial boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori