Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Israel Lancar Serangan Udara...

BAITULMAQDIS - Tentera Israel berkata pihaknya melancarkan serangan udara ke atas kumpulan Hamas...

Najib Bersihkan Nama Saya...

KUALA LUMPUR: Bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Jasmine Loo memberitahu Mahkamah Tinggi,...

Peluang Peniaga Melayu Bersama...

KUALA LUMPUR - Penubuhan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) membuka lebih peluang kebersamaan untuk...

Bekalan Minyak Dijangka Kering...

KUALA LUMPUR - Pengguna dikhuatiri bakal berdepan masalah mendapatkan petrol dan diesel apabila...

SKMM, PDRM Tahan Ramai Salah Guna Peranti Komunikasi

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan beberapa individu kerana didapati menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi dan media sosial.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd. Yasin berkata, mereka ditahan dalam operasi di beberapa buah premis di Terengganu, Kelantan dan Pulau Pinang baru-baru ini.

Menurutnya, operasi itu dijalankan berdasarkan aduan awam terhadap beberapa suspek yang memuat naik kandungan lucah menerusi laman blog, menghantar kandungan lucah melalui SMS dan e-mel.

Individu terbabit ujar Zulkarnain, turut dikesan ada membuat panggilan palsu ke Pusat Perkhidmatan Talian Kecemasan 999.

Katanya beberapa kelengkapan atau peranti komunikasi milik suspek turut disita selain rakaman percakapan mereka diambil bagi membantu siasatan.

“Antara peranti-peranti komunikasi yang dirampas termasuk telefon bimbit, kad sim, pendrive, komputer riba, modem dan Samsung Tab,” katanya dalam satu kenyataan, di sini Sabtu.

Zulkarnain berkata kesemua perbuatan itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, SKMM memandang serius penyalahgunaan media sosial dan perkhidmatan komunikasi serta akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan lunas undang-undang seperti diperuntukkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantu mengenal pasti suspek dan berharap orang awam menyalurkan maklumat penyalahgunaan media sosial dan perkhidmatan komunikasi kepada pihak berkuasa daripada memaparkan penyalahgunaan tersebut di media sosial,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, SKMM juga meminta seorang individu bernama Muhamad Rais Ramlee untuk menghubungi pegawai penyiasat SKMM, Akmal Hamdy di talian 03-8688 8000 atau hadir di ibu pejabat SKMM bagi membantu siasatan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori