Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pasal Pegang Wanita, Daler...

Hero drama Encik Suami Mat Salih Celup, Daler Yusuf mencuri perhatian lagi pada...

Salah Enggan Menjawab Soalan...

MOHAMED Salah tiba di Sepanyol untuk menjalani rawatan kecederaan bahu yang dialaminya pada...

Gaduh Akibat Hutang RM30,...

Petaling Jaya: Akibat hutang RM30, dua sahabat bergaduh sebelum seorang daripadanya luka ditikam...

Fazura Menangis Single Dapat...

MESKIPUN sentiada dikritik kerana tidak boleh menyanyi, namun haters Fazura boleh menangis kerana...

SPRM Sambut Baik PDRM Tangguh Siasatan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik kenyaatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangguhkan sementara siasatan melibatkan pegawai SPRM.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, keputusan PDRM tersebut akan membantu mengatasi suasana tidak senang yang wujud sekarang.

“SPRM memahami tugas dan tanggungjawab PDRM dan begitu juga PDRM berkenaan dengan tugas dan tanggungjawab SPRM.

“SPRM ingin jelaskan bahawa suruhanjaya ini komited untuk menjalankan tugas membanteras jenayah rasuah secara bebas, telus dan profesional,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, kata Mustafar, SPRM meminta semua pihak agar tidak menyampai dan menyebar luas maklumatyang tidak sahih serta andaian negatif yang boleh mengelirukan dan malah boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Khalid hari ini memaklumkan siasatan ke atas SPRM ditangguhkan untuk mengelak pelbagai andaian dan persepsi awam serta mengelakkan kedua-dua agensi bermasam muka.


SPRM sejak beberapa lalu melenting kerana pegawainya disiasat oleh pihak polis.

PDRM menjalankan siasatan ke atas SPRM berhubung penyebaran maklumat palsu yang disiar dalam portal Sarawak Report.

Sebelum ini portal Sarawak Report menyiarkan draf pendakwaan SPRM ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disahkan palsu oleh pihak berkuasa.- Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori