Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

KKLW Peruntuk RM350 Juta...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan sejumlah RM350...

Berkahwin Di Hospital Sebelum...

LINCOLNSHIRE, Britain – Sepasang kekasih di sini telah melangsungkan perkahwinan mereka di ruang...

7,200 Anggota Ditugaskan Dalam...

KUALA LUMPUR - Seramai 7,200 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam...

Bot Tunda Karam, Tiga...

KOTA KINABALU: Tiga kru bot tunda dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam yang...

Stacy Nafi Peluk Islam Semata-Mata Nak Kahwin Dengan Akim

PENYANYI yang terkenal dengan imej lincah menari, Stacy mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam seperti mana dilaporkan media massa semalam.

Stacy turut mendedahkan nama Islamnya iaitu Ummu Syaikhah Stacy Binti Anam.

Dalam sesi sidang media yang diadakan di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil, Stacy ditemani ibu, Agnes Kaloos dan bapanya, Anam Bayar.

Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor, semalam.

Namun begitu, penyanyi berusia 25 tahun itu menafikan khabar angin mengatakan dia memeluk Islam semata-mata kerana ingin berkahwin dengan kekasihnya yang juga penyanyi, Akim Ahmad.


Sebaliknya, selebriti kelahiran Sabah ini menyatakan dia memang bersedia untuk memeluk Islam kerana tertarik untuk belajar dengan lebih mendalam lagi mengenai ajaran agama Islam.

“Sekiranya saya mahu berkahwin, lebih baik saya masuk Islam ketika mahu berkahwin sahaja dan sekiranya dia (Akim) bukan jodoh saya, saya tak kisah memeluk Islam kerana saya ikhlas mahu memeluknya,” katanya memetik rakaman video yang dikongsikan menerusi laman Facebook Era FM.

Selamat datang saudara baru, Ummu Syaikhah Stacy dan semoga segala urusan pembelajaran dan pemahaman mengenai agama Islam dipermudahkan buat penyanyi kecil molek ini. – MYNEWSHUB.CC

Akim Ahmad Gesa Sokong Stacy Untuk Peluk, Terima Islam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori