Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Reaksi Berbeza Cuti Sekolah...

KUALA LUMPUR - Cadangan bagi cuti sekolah secara berperingkat dalam usaha menangani kesesakan...

Rusia Gesa GCC-Qatar Selesai...

MOSCOW - Rusia menggesa negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang memutuskan hubungan...

Ibu Tuang Peluntur Dalam...

SEORANG ibu ditahan selepas didakwa menuang peluntur dalam tiub makanan anaknya yang sedang...

Bekas Guru Agama Sultan...

JOHOR BAHRU - Bekas guru agama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar,...

Status Facebook Penjual Helmet Bagai Petanda Mahu ‘Pergi’

BAGAI tahu akan pergi buat selama-lamanya, seorang penjual helmet memuat naik beberapa status di Facebook yang menjadi kenangan sedih buat rakan-rakannya.

Antara catatan status tersebut adalah “Tenang2.. tak lari melaka tu.. jap lagi saya sampai yek.. senafas je.. kalau jem buat relax buat chill2″ yang dimuatnaik beberapa jam sebelum kematiannya.

Selain itu Allahyarham Fauzi Tahir, 33, turut menulis status berbunyi “Last stok fire oren sebelum harga akan datang meninggal. Yen da semakin naik.. maybe lepas ni harga visor sama macam Yen dulu 0.04=RM450″.

 

arwah2

 

Manakala dalam satu komen kepada rakannya di Facebook Khamis lalu, allahyarham menulis “Nak tinggalkan ko ni.. ko nanti sekejap je kejar aku.”

 

arwah1

 


Allahyarham Fauzi terkorban selepas motosikal berkuasa tinggi miliknya terlanggar bahagian belakang lori kontraktor pembersih jalan raya di kilometer 34.6 Lebuhraya Utara – Selatan Hubungan Tengah (ELITE) jam 1.40 petang semalam.

Ketika kejadian allahyarham sedang berkonvoi bersama 10 lagi motosikal berkuasa tinggi dari Klang, Selangor menuju ke Melaka.

 

arwah8arwah6arwah5arwah7

 

Difahamkan, siasatan lanjut tentang kemalangan kini dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan takziah buat keluarganya. Al-fatihah. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=Dz-jX2NuP9U

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori