IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat menghadiri acara persembahan The Royal Performance of Perak Society of Performing Arts (PSPA) International Ensemble 2015 oleh pemuzik terkemuka di sini, malam tadi.
Acara kali kesembilan yang bertaraf antarabangsa ini menampilkan 12 pemuzik terkenal dari seluruh dunia.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
Persembahan yang bermula pada 9 malam itu diarahkan oleh Pengarah Muzik tanah air, Eugene Pook.
Acara kali ini bertemakan ‘A Night of Musical Kaleidoscope: From Bach to Yiruma’.
Siri jelajah acara ini bakal berakhir di Auditorium Universiti Sunway esok. – BERNAMA
2015 PSPA International Ensemble