Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pelajar Universiti Awam Bakal...

SEPANG : Kerajaan akan memperkenalkan bantuan tiket penerbangan kepada pelajar universiti awam (UA)...

Gempa Bumi Sederhana Gegar...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 skala Richter melanda Kepulauan Ryukyu,...

Leka Dengan Telefon, Kaki...

SEORANG wanita di Beijing, China terpaksa menanggung derita apabila kehilangan kaki kanannya akibat...

Melaka Sasar Sediakan 101...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka menyasarkan untuk menyediakan sebanyak 101 bas henti-henti Panorama...

Sultan Perak Berangkat Melawat Pejabat Persatuan Kanser Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan melawat pejabat Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sini.

Dalam lawatan itu, baginda yang juga Penaung Diraja persatuan itu melawat pusat-pusat saringan kanser, serta melancarkan mesin x-ray digital baharu yang digunakan untuk rawatan para pesakit.

Turut berangkat pada majlis itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Sultan Nazrin turut melancarkan ‘Cancer Action Malaysia’, iaitu satu daripada rancangan kepada penjenamaan semula NCSM yang bakal mencapai ulang tahun ke-50 tahun depan.


Melalui penjenamaan itu, NCSM berhasrat mewujudkan pusat rangkaian maklumat berhubung penyakit kanser yang akan dikendalikan oleh jururawat berpengalaman dan bekas pesakit kanser untuk memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada pesakit.

Baginda berdua turut berkenan melawat Rumah Harapan Kanak-Kanak di bangunan itu yang merupakan tempat penginapan sementara kanak-kanak penghidap kanser yang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan beramah mesra dengan mereka. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori