Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Guru Maut Dalam Perjalanan...

KUALA NERUS - Seorang guru Tabika Kemas dilapor maut apabila kereta yang dinaiki...

Gaji Minimum RM1,200 Di...

KUALA LUMPUR - Bagi mengimbangi keperluan pekerja dan majikan dengan mengambil kira kenaikan...

Banjir Di Johor Semakin...

JOHOR BAHARU - Keadaan banjir di daerah Segamat makin pulih setakat 9 pagi...

Projek Empangan Hidro Dwifungsi...

KOTA KINABALU - Projek pembinaan empangan hidro dwifungsi Ulu Padas dengan kos dianggarkan...

Sultan S’gor Mahu Pegawai Kadet Palapes Teruskan Kerjaya Dalam ATM

SERDANG – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar semua Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) akan meneruskan kerjaya dalam angkatan tetap atau dalam pasukan simpanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas ditauliahkan.

Titah baginda, ini supaya ilmu yang diperoleh tidak disia-siakan sekaligus dapat menyumbang kepada pertahanan dan kesejahteraan negara dalam menghadapi sebarang ancaman daripada luar mahupun di dalam negara.

“Beta berkehendakkan segala ilmu yang diperoleh sepanjang menjadi Palapes digunakan dan diperkemaskan lagi bagi menghadapi sebarang cabaran pada masa akan datang.

“Oleh yang demikian, ilmu ketenteraan yang dipelajari di dalam jangka waktu tiga tahun bersama-sama Palapes amatlah berguna dan perlu terus diperkemaskan lagi di pasukan simpanan yang akan disertai kelak,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pentauliahan Diraja Palapes Institut Pengajian Tinggi Awam ke-34 di padang kawad Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini Sabtu.

Pada istiadat itu, seramai 1,628 pegawai kadet Palapes membabitkan 18 Universiti Awam termasuk Akademi Laut Malaysia (ALAM) ditauliahkan untuk angkatan tetap dan simpanan dalam ATM.


Baginda mengingatkan pegawai yang ditauliahkan agar dapat meneruskan sumbangan bakti yang tinggi untuk negara dalam segala aspek walau di mana mereka berada dan boleh menyumbang dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara daripada anasir-anasir yang tidak diingini.

Titah baginda tema pentauliahan ‘Watan Mendaulat Nusa’ amat sesuai untuk pegawai yang ditauliahkan menjadi contoh teladan serta modal insan kepada yang lain.

“Yang penting beta mahu melihat di dalam negara bermasyarakat majmuk ini rakyat sentiasa hidup secara harmoni, bertoleransi dan berbaik-baik sesama sendiri berasaskan budaya ketimuran serta mengamalkan prinsip 1Malaysia bagi mengukuhkan ikatan persahabatan di antara semua bangsa,” titah baginda.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori