Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tun Mahathir Tiba Di...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad...

Bayi ‘Telan’ Ular Hidup-Hidup...

AJAIB... Seorang bayi perempuan hanya mengalami masalah membuang air besar dan sering muntah-muntah...

PAS Sokong Ketegasan Kerajaan...

KUALA LUMPUR - PAS menyokong penuh ketegasan kerajaan Malaysia dalam berhadapan kontroversi dengan...

Dua Beradik Mati Lemas...

Alor Setar : Dua pelancong yang ditemukan mati lemas di Pantai Chenang, Langkawi...

Sultan T’ganu Berkenan Lepaskan 2,000 Ekor Anak Penyu Di Kemaman

KEMAMAN – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melepaskan kira-kira 2,000 anak penyu sempena Program Pembersihan Pantai dan Pemuliharaan Penyu 1 Malaysia di Pantai Kelab Golf dan Rekreasi Petronas Kerteh, di sini semalam.

Ketibaan baginda pada kira-kira 5 petang diiringi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Zubir Embong, Setiusaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda dan beberapa Exco kerajaan negeri.

Pada majlis berkenaan, Sultan Mizan turut bersama-sama pelajar dan masyarakat setempat melepaskan anak penyu yang berusia sehari yang berjaya ditetaskan ke pantai pada kira-kira 6.30 petang.

Baginda juga berkenan meluangkan masa bermesra dengan pelajar sekolah serta petugas syarikat minyak dan gas yang menyertai program berkenaan.


Program anjuran bersama Yayasan Diraja Sultan Mizan (YSDM) dan Persatuan Jurutera Petroleum (SPE) itu diadakan sempena ulang tahun ke-10 penubuhan YDSM.

Pada majlis berkenaan, Pengarah SPE Terengganu M. Mazlan Tamyis turut menyumbangkan cek contoh berjumlah RM10,000 kepada Tabung Pemuliharaan Penyu Negeri Terengganu yang diwakili Pengarah Perikanan Negeri Abdul Khalil Abdul Karim. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori