Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anwar Masih Menaruh Harapan...

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih menaruh...

Wanita Hamil Diserang Kerbau...

YANCHENG (China) - Seorang wanita hamil cedera selepas ditanduk seekor kerbau yang mengamuk...

Khai Bahar Tunai Umrah,...

MEMANG menjadi impian semua umat Islam untuk dapat menunaikan ibadah umrah dan haji...

3 Cara Berkesan Tangani...

KANGAR - UMNO perlu melaksanakan tiga cara atau pendekatan yang didapati berkesan dalam...

Syarikat Swasta Diseru Sumbang Kepada Tabung Hari Pahlawan

MELAKA – Lebih banyak pihak terutamanya syarikat swasta di negeri ini diseru menghulur sumbangan kepada Tabung Hari Pahlawan bagi menghargai jasa pahlawan negara yang berkorban demi keamanan dan kesejahteraan negara, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berharap seruan itu dapat disahut semua pihak bagi meningkatkan jumlah kutipan dana tabung berkenaan pada tahun ini berbanding RM185,000 yang dikutip tahun lepas.

“Jumlah pada tahun lepas dilihat tidak seperti yang diharapkan, salah satu sebab kerana kurangnya sumbangan daripada pihak swasta termasuk pemilik industri di negeri ini.

“Justeru Tabung Hari Pahlawan ini akan digerakkan ke semua peringkat kerajaan serta swasta dan diharap kutipan akan meningkat,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Tabung Hari Pahlawan peringkat Melaka di sini Isnin.

Tabung tersebut dilancarkan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob disaksikan Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia Mejar Jen Datuk Zamrose Mohd Zain; Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye; dan Pengerusi Tabung Hari Pahlawan Negeri Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan.


Pada majlis berkenaan Kerajaan Melaka melalui Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Naim Abu Bakar menyerahkan sumbangan cek bernilai RM50,000 bagi tabung tersebut kepada Ghafaar.

Idris berkata penglibatan semua pihak di negeri ini untuk menyumbang ke tabung tersebut merupakan satu penghargaan terhadap bekas parajurit dan anggota keselamatan negara yang berkorban untuk keamanan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata hasil kutipan tabung berkenaan akan digunakan untuk kebajikan bekas parajurit negara dan juga ahli keluarga mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori