Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

DRB-HICOM Bhd Akan Terus...

KUALA LUMPUR - DRB-HICOM Bhd. akan terus mengekalkan Proton sebagai jenama kereta nasional...

Jangan Anggap Anggota Bukan...

IPOH - Anggota dan pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) diingatkan supaya tidak menyisihkan...

Fasha Pilih Hidup Sederhana,...

SHAH ALAM - Pelakon Fasha Sandha lebih selesa menjalani kehidupan bersederhana sejak dahulu...

Mayat Wanita Ditemui Lengkap...

TANGKAK - Mayat seorang wanita yang lengkap berpakaian ditemui seorang pekerja SWCorp ketika...

Syed Abas Dilantik Speaker Dun Sabah Yang Baharu

KOTA KINABALU – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali telah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang baharu.

Beliau mengambil alih daripada Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak yang dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu susulan rombakan Kabinet Persekutuan, Selasa lepas.

Pelantikan Syed Abas sebagai Speaker kesembilan diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam satu kenyataan hari ini.

Musa berkata Syed Abas dijangka menjalankan tugas sebagai Speaker pada 7 Ogos ini.

“Beliau mempunyai pengalaman luas dalam politik dan kerajaan dan telah menyandang beberapa jawatan penting dalam agensi-agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.

Syed Abas dilahirkan pada 12 Okt 1947 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Applied Economics dari East London University (NELP).


Beliau menyandang jawatan Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd. Beliau dipilih sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Balung pada 1978 sehingga 1981 di bawah pentadbiran Berjaya dan pada 2004 sehingga sekarang di bawah tiket UMNO.

Beliau memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam pada 1976 sebagai Pegawai Pembangunan Perindustrian di Kementerian Pembangunan Perindustrian.

Beliau juga menyandang jawatan hyang berbeza atas pelbagai kapasiti, antara lain sebagai Pengerusi Ko-Nelayan, Pengarah Sabah Finance Berhad dan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Syed Abas telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Nuraini Habib Kadir dan pasangan itu dikurniakan enam orang anak. – BERNAMA

https://youtu.be/84eA54iqSww

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori