RANCANGAN realiti televisyen berbentuk ilmiah bagi melahirkan ramai pendakwah muda Islam ternyata mendapat sambutan dan sokongan luar biasa daripada rakyat Malaysia.
Media Prima menerusi TV3 juga tidak ketinggalan menyiarkan program seumpamanya iaitu rancangan Da’i yang kini sudah mula bersiaran buat musim ketiga pada pukul 9 malam setiap hari Ahad.
Bagaimanapun, tanpa disangka-sangka program Da’i musim kali ini mengundang amarah dan kritikan ramai gara-gara terdapat elemen-elemen tertentu yang bertentangan dengan syariat agama Islam.
Senang cakap, rancangan pendakwah ini tidak menjaga batas-batas pergaulan antara peserta lelaki dan perempuan serta terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan tidak bersesuaian dilaksanakan.
Pandangan seorang netizen yang dikenali sebagai Emmelynn Amal Alyn yang berani menegur dan mengkritik pelaksanaan program itu dijalankan turut disokong oleh ramai pihak.
“Saya mengambil inisiatif sendiri untuk tonton semula rancangan Da’i 3 ni. Takut semalam marah sangat sampai tahap halusinasi,” ujarnya.
Berikutan itu, Emmelynn menyatakan tujuh teguran terhadap rancangan tersebut dan berharap agar pihak TV3 meneliti kembali asas kewujudan rancangan tersebut.
“Saya puji dengan inisiatif pihak TV3 dalam mengadakan program sebegini. Namun apa yang saya lihat semalam adalah:
1. Batas-batas pergaulan tak dijaga
2. Wargame lelaki perempuan
3. Pumping lelaki perempuan sekali
4. Para daieyah kurang menjaga adab, duk menjerit sana sini main wargame
5. Kawad sebelah menyebelah tanpa jarak
6. Daieyah buat sesi luahan pasal cinta tak kesampaian
7. Da’i ikat kaki dengan da’iyah semasa explorace atas alasan denda.
Hayati semula ayat ini
Surah Al-Isra, Verse 32:
وَلَا تَقْرَبÙÂوا الزÙÂّنَا Ø¥ÙÂنَّه٠كَانَ ÙÂَاØÂÙÂشَةً وَسَاءَ سَبÙÂيلًا
And go not nigh to fornication; surely it is an indecency and an evil way.
Saya mohon pada pihak TV3, murrabi, murabbiah serta mursyid meneliti semula perkara-perkara ini kerana asas dalam membina kekuatan sebagai seorang da’i adalah dengan menjaga batas pergaulan itu sendiri.
Janganlah asbab program itu merupakan program tv, dan itu hanyalah permainan maka dihalalkan ikhtilat yang hukumnya adalah haram kalau tiada bersebab?
Mohon sama pihak TV3 sedar dan mulai buka mata, episod pertama semalam sudah cukup menjelekkan dan cukup banyak perkara yang boleh menimbulkan fitnah dalam kalangan pendakwah itu sendiri.
Mohon sama peserta Da’i 3 lebih tegas menyuarakan pendirian terhadap hal hal begini kerana in the end, antum la yang akan menjadi ikon remaja– kata ustaz syarhan. Jagalah asolah antum sebagai da’i
Saya berharap sangat episod akan datang, hal ini dapat dielakkan. Sebolehnya asingkanlah aktiviti antara lelaki dan perempuan.
Cukup cukuplah wahai TV3 menjadi asbab fitnah kepada peserta, asatizah dan pendakwah generally. Kami dah jelek!
Diharap moga pandangan dan teguran Emmelynn berkenaan isu ini dapat memberi perubahan yang positif buat rancangan tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
Kredit: Facebook Emmelynn Amal Alyn