ALAHAI, ini namanya jantan tak sedar dek untung! Buat malu kaum Adam sahaja.
Apa taknya, sudah lah makan pakai isteri yang tanggung tapi ada hati ingin tambah ‘cawangan’ lain.
Kononnya, atas alasan si isteri yang merupakan seorang jururawat selalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa buat dirinya.
Pun begitu, walaupun sibuk kekangan masa, atas dasar kasih sayang si isteri tetap melakukan tanggungjawabnya memasak, menjaga anak dan mengemas rumah.
Entah di mana silapnya, si suami menyatakan perasaan kebosanan hidupnya yang tidak seperti zaman ketika mereka bercinta.
Lebih teruk, si suami diam-diam sudah mempunyai teman wanita simpanan yang lain.
Anda bacalah sendiri, perbualan menerusi screenshot WhatsApp si suami bersama rakannya yang dikenal sebagai Eiyra ini.
Kita yang baca pun sudah rasa geram kan?
Bayangkan, macam mana si isteri tidak sibuk bekerja jika keperluan seperti rumah dan kereta yang sepatutnya digalas oleh seorang suami terpaksa ditanggung oleh si isteri.
Senang cakap, lelaki spesis ini memang tak tahu mensyukuri nikmat dan hanya mementingkan kesempurnaan semata-mata.
Bagaimanapun, tidak dapat kami pastikan sama ada kisah ini benar ataupun tidak. Namun, cerita ini baik dijadikan pengajaran buat semua lelaki yang bergelar suami agar menghargai pengorbanan isteri anda.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
https://www.youtube.com/watch?v=lC4IhVoMWK0