Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bukti Kereta Terbang Mampu...

LANGKAWI - Setelah menerima pelbagai maklum balas berbaur positif dan tidak kurang dipersendakan...

Ibu Bapa Diminta Lapor...

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan meminta kerjasama ibu bapa untuk melaporkan sebarang aktiviti...

Pelik! Wanita Ini Mengubah...

Melihat wajah ngeri wanita ini, pasti ramai yang terkejut melihat penampilannya yang seakan-akan...

MCA Akan Pinda Sistem...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung MCA Ke-63 pada 12 dan 13 November ini...

Tak Salah Guna Dana Untuk Kegunaan Tadbir Bahagian

PETALING JAYA – Tan Sri Shahrir Samad yang didakwa menerima RM1 juta daripada Perdana Menteri seperti yang dilaporkan sebuah portal berkata, menerima dana untuk pentadbiran parti adalah perkara biasa.

Laman web Sarawak Report pada Jumaat lalu mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyalurkan sejumlah dana kepada beberapa pemimpin Umno selepas pilihan raya umum ke-13.

Antara pemimpin Umno yang disebutkan di dalam laporan berkenaan adalah Shahrir yang merupakan Ahli Parlimen Johor Baru, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyanti Samsudin yang dikatakan menerima RM1 juta.

“Kepada siapa lagi harus saya minta bantuan kewangan untuk perbelanjaan dalam mentadbir bahagian saya jika bukan dari presiden parti saya sendiri?,” kata Shahrir yang dipetik sebagai berkata dalam laman web Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) pada Ahad.

Shahrir yang juga Pengerusi BNBBC menambah, beliau sedia bekerjasama dan memberi penjelasan kepada penyiasat mengenai bagaimana dana itu digunakan.


Beliau berkata, bantuan daripada presiden parti kepada mana-mana bahagian terutama bahagian yang berhadapan dengan kekurangan dana adalah perkara biasa.

Shahrir turut memberitahu bahawa BNBBC akan mempertahankan kerajaan dan pemimpin terutama dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jelasnya, tindakan itu selaras dengan peranan BNBBC.

“Tak kan saya nak menghukum sesiapa berasaskan laporan media terutama media asing. Saya kena pertahan proses dan institusi sedia ada,” kata Shahrir. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori