Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pukulan Karate Matikan Ayam...

HANYA dengan sekali pukulan karate di tengkok, ayam-ayam ini mati. Ia merupakan satu pendedahan...

Polis Buka Kertas Siasatan...

IPOH - Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang remaja yang melakukan aksi...

Perjuangan ESSCom Belum Selesai,...

LAHAD DATU - Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul...

Siapa Kata Zahirah Lemah-Lembut?

KUALA LUMPUR - Jika anda beranggapan Zahirah Macwilson gadis lemah-lembut, nampaknya pandangan itu...

Tambah Baik Pemasaran Hasil Pertanian E-niaga Fama

KEMAMAN – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membantu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutan (Fama) untuk memperkemas kaedah pemasaran hasil pertanian secara dalam talian (e-niaga) agar lebih efisien dan menyeluruh.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya melihat kaedah pemasaran pelbagai produk pertanian secara dalam talian amat praktikal dan mampu membantu Fama meningkatkan ekonomi petani, penternak dan nelayan seperti urus niaga dalam laman sesawang Agrobazaar (www.agrobazaar.com.my).

“Idea ini sudah ada, cuma bagaimana kita mahu jadikan ia lebih efisien. Misalnya kalau di peringkat dunia, kita tahu ada sistem dipanggil Alibaba (alibaba.com).

“…FAMA mampu mempunyai platform tersendiri dan seterusnya mewujudkan satu pasar raya alam maya yang disegani,” katanya kepada pemberita ketika pada Majlis Hari Raya Pasar Tani Kemaman di Tapak Pasar Tani Chukai di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Fama, Tan Sri Badruddin Amiruldin dan Pengarah Fama Terengganu, Hasan Jusoh.

Menurutnya, trend jual beli dalam talian kini telah berkembang dan bagi sebahagian negara maju, pembelian secara online tidak hanya khusus kepada barangan kering, pakaian dan gajet, malahn meliputi barangan keperluan harian.


Alibaba ialah sebuah syarikat e-dagang/e-lelong yang diasaskan oleh Jack Ma pada 1999 di China yang mengkhususkan perniagaan sejagat.

Syarikat yang berpusat di Hangzhou itu memiliki pejabat pemasaran dan jualan di lebih 30 buah bandar raya di China, Hong Kong, Switzerland dan Amerika Syarikat.

Pada majlis berkenaan, Ahmad Shabery yang juga Anggota Parlimen Kemaman turut meluangkan masa meninjau dan beramah-mesra dengan peniaga pasar tani berkenaan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori