Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sekolah Perlu Lipat Ganda...

TAWAU - Semua sekolah khususnya di luar bandar perlu melipatgandakan usaha untuk meningkatkan...

2 Beradik Lemas Di...

BUKIT GANTANG - Jenazah dua beradik yang mati lemas di dalam kolam bekas...

Jangan Buat Amalan Jejaskan...

MAKKAH - Jemaah haji Malaysia dinasihatkan jangan terikut-ikut dengan perbuatan atau amalan sesetengah...

Ibu Sembelih 2 Anak...

SUNGAI PETANI - Seorang ibu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari...

Tambang Percuma Sekiranya Baca Buku Dalam Bas

MEMBACA merupakan satu amalan yang mulia.

Namun dengan kepesatan teknologi, jarang kita dapat melihat situasi di mana masyarakat sekarang lebih senang berkepit dengan buku, sebaliknya mata masing-masing lebih tertancap dan terpana pada skrin telefon pintar.

Jadi bagi mengembalikan tabiat membaca, seorang lelaki dari Romania, Victor Miron telah mengemukakan cadangan agar sesiapa yang membaca buku di dalam bas, tidak perlu membayar tambang perjalanan.

Cadangannya itu kemudian dipersetujui majlis perbandaran sebelum ia mula dilaksanakan Jun lalu.

Mengakui dirinya seorang pembaca buku tegar, Miron berkata, cara itu diharap dapat mengembalikan minat membaca di kalangan masyarakat di sana.


“Saya percaya adalah lebih baik kita memberikan kelebihan dan keistimewaan kepada sesiapa yang membaca, daripada kita asyik mengkritik mereka yang tidak melakukannya, itu adalah lebih baik,” katanya.

Miron turut melancarkan satu lagi kempen, Bookface, yang mana sesiapa yang meletakkan gambar membaca sebagai foto profil mereka di Facebook, mereka akan diberikan diskaun untuk perkhidmatan bas. – MYNEWSHUB.CC

Bus driver reading while driving in a snowstorm.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori