Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

China Wujud Peraturan Atasi...

SHANGHAI - Kerajaan China mengeluarkan garis panduan baharu bertujuan meningkatkan integriti dalam bidang...

AS Teruskan Kerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat hari ini sekali lagi menegaskan komitmennya akan terus...

4 ADUN PAS Selangor...

SHAH ALAM - Empat daripada 13 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor...

Video: Kes Langgar Lari,...

SEORANG penunggang motosikal berhadapan detik paling mencemaskan apabila dilanggar secara tiba-tiba oleh sebuah...

Tarikh Kutipan Tol LPT2 Belum Ditetapkan – LLM

KUALA LUMPUR – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) belum menetapkan tarikh kutipan tol di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).

Ketua Pengarah LLM, Datuk Ismail Md Salleh juga berkata, laporan akhbar bahawa tarikh kutipan tol ditangguhkan adalah tidak benar.

“Pada masa kini, kerajaan pusat dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan perjanjian konsesi bagi pengswastaan LPT2 dan masih belum menentukan tarikh kutipan tolnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau berkata tiada lagi kerja menaik taraf dilakukan bagi laluan di sepanjang lebuh raya berkenaan kerana pembinaannya telah siap sepenuhnya.

Menurut Ismail, LLM akan menguatkuasakan undang-undang jalan raya di lebuh raya berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori