BELUM reda dengan isu bercoli dan penyebaran gambar bogelnya, nama Tasha Shilla sekali lagi menjadi perhatian media hiburan apabila muncul dakwaan aktres jelita telah menyerang bekas teman lelakinya, Hans Wong.
Lebih teruk, Tasha dikatakan telah mengupah 40 orang lelaki untuk memukul bekas kekasih.
Berita ini timbul apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Carmen (dipercayai kekasih baru Hans) memuat naik status berserta gambar di laman Instagramnya memberitahu mereka telah membuat laporan polis berkenaan insiden itu.
“Do report polis now.. Kau tunggu nasib kau @tashashilla kau yang datang serang kami lepas tu hantar 40 orang pukul bf aku @h4n_2. Kau memang takkan selamat la betina!” tulisnya.
Berdasarkan perbualan yang ditinggalkan di ruangan komen, pelakon baru Farah Mendoza yang turut sama berada mendedahkan situasi tegang itu berlaku di sebuah kelab malam.
“Entah si minah gila ni! Dengan aku pun dia block. Dasar betina meroyan.. Han da tak nak terima jelah kenyataan. Orang ramai yang simbah air kat kau lah. Bukan kitorang simbah @tashashilla come on la 1 club yang halau kau keluar,” tulis Fara Mendoza.
Perghh.. panas sungguh kontroversi yang menimpa pelakon drama Nasuha ini kali ini.
Melihat situasi ini, nampaknya Tasha Shilla perlu memberi penjelasan bagi membetulkan nama baiknya. Tambahan pula, kita tidak boleh hanya mendengar cerita di sebelah pihak.
Jika benar dakwaan ini, pastinya ada sebab tertentu mengapa Tasha Shilla bertindak di luar jangkaan seperti ini.
Sama-sama kita nantikan, penjelasan Tasha Shilla berkenaan isu ini. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Roti Kaya!