Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Polis Serbu Kediaman Suspek...

PARIS - Polis Perancis menyerbu kediaman emak kepada keluarga suspek wanita yang dipercayai...

Wawa Zainal Jaga Penampilan...

PELAKON Wawa Zainal memberitahu status sebagai isteri dan ibu kepada dua cahaya mata...

Kalendar Kejuaraan Cub Prix...

PENGANJUR Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS mengumumkan kalendar bagi musim 2015 yang menyaksikan...

3 Penumpang, 2 Anak...

JAKARTA - Tiga penumpang dan dua anak kapal pesawat ringan yang dilaporkan terhempas...

Taufan Goni: Angka Korban Meningkat 10 Di Filipina

MANILA – Sejumlah 10 orang terkorban manakala ribuan lagi penduduk melarikan diri ke kawasan tinggi apabila taufan Goni menyebabkan tanah runtuh dan banjir di utara Filipina, menurut pegawai, semalam.

Menurut laporan bencana kebangsaan, daripada jumlah itu, sembilan terbunuh di utara tanah tinggi apabila ditimbus bongkah batu dan lumpur manakala seorang lelaki maut berhampiran wilayah Ilocos Norte selepas ditimpa pokok.

Tiga lagi dilaporkan hilang dalam kawasan banjir manakala lima lagi cedera. Secara kasar 13,000 dipindahkan semalam, menurut laporan.

Taufan Goni berada 165 kilometer ke timur laut wilayah Cagayan di utara pagi semalam, dengan angin mencecah 195 kilometer sejam, menurut biro cuaca. Difahamkan, 13 penerbangan domestik dibatalkan semalam.


Menurut biro kaji cuaca, ribut itu adalah yang kesembilan daripada purata 20 yang melanda Filipina setiap tahun dan kini menuju ke Taiwan.

Taiwan memindahkan penduduk dari pulau terpencil dan tentera bersiap sedia untuk bantuan ketika mengambil langkah berjaga-jaga berdepan hujan lebat dijangka hujung minggu ini. – AFP/BH ONLINE

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori