Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemuda Ditahan Kerana Miliki...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan selepas polis menemukan selaras...

605 Penduduk Kota Tinggi...

KOTA TINGGI - Seramai 605 penduduk daripada 171 keluarga dari Taman Aman dan...

APMM Labuan Rampas Kapal...

LABUAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan merampas sebuah kapal tunda kerana...

Mungkin Dah Tiba Masa...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, barangkali...

Terengganu Jamin Bekalan Lembu Mencukupi Untuk Aidiladha

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu (JPV) memberi jaminan bekalan lembu dan kambing mencukupi bagi memenuhi keperluan umat Islam melakukan ibadan korban dan akikah pada Aidiladha ini.

Pengarahnya Dr Abd Razak Mohd Zailan berkata jabatan itu membuat persediaan awal dengan meningkatkan bekalan haiwan itu melalui pembekal tempatan untuk memastikan ia mencukupi.

“Insya-Allah, bilangan lembu dan kambing pada Hari Raya Haji mencukupi sebab kita mempunyai ramai pengusaha ternakan di negeri ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Namun, katanya sekiranya pengedar dan pembekal mahu membawa lembu dari negeri lain, mereka perlu mendapatkan permit kesihatan dan permit pemindahan bagi memastikan haiwan itu sihat sepenuhnya.


Mereka juga perlu memohon permit penyembelihan di Pejabat Veterinar.

Dr Abd Razak turut meminta mereka supaya tidak menyembelih lembu betina kerana ia mampu beranak dalam tempoh tujuh tahun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori