Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

10 Pejabat Tourism Ditutup,...

KUALA LUMPUR - Hanya 10 pejabat Tourism Malaysia negeri yang ditutup manakala empat...

Iraq Tekad Bangun Semula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Iraq bertekad untuk membangunkan semula negara berkenaan secara fizikal...

26 Mati Di Sabah...

KOTA KINABALU - Sebanyak 193 laras senapang patah buatan sendiri atau bakakuk, dirampas...

Wanita Kahwin Lapan Lelaki...

MENJADI lumrah lelaki nak beristeri lebih dan itu adalah 'cita-cita' bagi kaum Adam. Namun,...

Terengganu Rancang Wujudkan Universiti Al-Quran

KUALA NERUS – Kerajaan Terengganu merancang untuk mewujudkan sebuah Universiti Al-Quran, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib.

Beliau berkata hasrat itu diyakini dapat direalisasikan kerana Terengganu kebetulan sudah mempunyai asas iaitu Institut Darul Quran (IQ) yang kini dalam proses untuk dinaik taraf menjadi sebuah Kolej Universiti.

“Tempat yang sesuai sudah pun ada antaranya seperti Taman Ilmu di Tembila, Besut yang boleh menjadi tempat dan lokasi yang baik untuk dijadikan tapak kampus induk universiti itu,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu beliau yang juga ADUN BN kawasan Ajil hadir merasmikan Karnival Mahabbah IKIMfm @i-Nelayan Kita 2015 anjuran stesen radio IKIMfm di Dataran Permata, Seberang Takir di sini pada Sabtu.

Ghazali berkata idea untuk mewujudkan Universiti Al-Quran dicetuskan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh sendiri semasa beliau pernah menjadi Menteri Besar Terengganu.


Ujarnya, beliau akan mengunjungi sekali lagi Idris dalam masa terdekat bagi membincangkan dengan lebih terperinci mengenai pelbagai perkara termasuk usaha penubuhan universiti tersebut.

Pada masa ini Terengganu mempunyai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) selain kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori