Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hubungan Malaysia, Qatar Diperkukuh...

PETALING JAYA - Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Qatar akan diperkukuhkan lagi selain...

PRU14 Akan Tentu Hidup,...

JOHOR BAHRU - Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah perjuangan 'hidup atau...

JDT Rampas Kedudukan Selaku...

KOTA BHARU - Johor Darul Ta'zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Kelantan...

Zainol Fadzi Tidak Harapkan...

PASIR SALAK — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi...

Terhantar Gambar Lucah Di Forum Line, Wartawan Dipecat

SEORANG wartawan televisyen Jepun di Thailand dipecat selepas tersilap menghantar mesej lucah di sebuah forum dalam aplikasi mesej Line.

Apa yang ‘mengharukan’, forum tersebut dibentuk oleh Kementerian Luar Negeri Thailand khusus untuk para wartawan asing yang bekerja di negara tersebut.

“Kami meminta maaf kepada Kementerian Luar Negeri Thailand dan kesemua yang terlibat,” ujar jurucakap Asahi selepas syarikat tersebut diminta memberikan penjelasan terhadap gambar yang dimuatnaik oleh wartawan penyiaran mereka pada malam Isnin lalu.

Media Jepun melaporkan, wartawan berusia 40an terbabit sebenarnya mahu mengirim gambar lucah berupa alat kelaminnya itu kepada seorang kenalan wanita namun tersilap lalu diterima oleh lebih 150 wartawan yang berada dalam forum Line tersebut.

Sebaik menyedari kesilapannya wartawan yang dipetik The Bangkok Post bernama Jin Morimoto itu segera meninggalkan forum tersebut namun segalanya sudah terlambat.


Beberapa peserta forum bertanya apa sudah berlaku dan ada antaranya memuatnaik ikon ‘muntah’.

Wakil Kementerian yang berada dalam forum tersebut pula memberi respon, tindakan akan diambil walaupun si polan terbabit sudah meninggalkan forum kerana ia sepatutnya digunakan untuk tujuan rasmi sahaja. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=THYdf__dxgM

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori