Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Serah Kepada MKT...

Muhyiddin Yassin menyerahkan segala keputusan kepada Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Bersatu untuk menentukan...

Kecoh Banyak Jubin Lantai...

SINGAPURA - Ramai penduduk flat awam yang diuruskan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB)...

Najib Bentang Bajet 2017...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri...

Plan Prabayar 3GB Pada...

U MOBILE secara rasminya telah pun memperkenalkan pelan pascabayar terbaru daripada mereka, membawakan...

T’ganu Ke-3 Terendah Kadar Kemalangan Sepanjang Op Selamat 7/2015

KUALA TERENGGANU – Terengganu mencatat kadar kemalangan jalan raya ketiga terendah di seluruh negara sepanjang Op Selamat 7/2015 sempena perayaan Aidilfitri, yang bermula 10 hingga 24 Julai lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata sepanjang tempoh dua minggu itu, sebanyak 572 kemalangan direkodkan di negeri ini, membabitkan 12 kematian.

Beliau berkata jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 76 kes berbanding 648 kes yang dicatat pada Op Selamat tahun lepas, yang melibatkan 16 kemalangan maut.

“Hasil kempen, rondaan dan kesedaran orang ramai, kita berjaya mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya dan kes kematian sepanjang musim perayaan lepas.

“Kita akan terus mempertingkatkan usaha ini bagi memastikan kes kemalangan terutamanya melibatkan kehilangan nyawa dapat dikurangkan pada hari-hari biasa,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Untuk rekod, Sabah mencatat kes kemalangan paling rendah diikuti Pulau Pinang dan Terengganu.


Rosli berkata sebanyak 56 kes dicatat di kawasan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) yang membabitkan dua kemalangan maut.

Beliau berkata sepanjang tempoh itu juga, tiada sebarang kes kecurian mahupun pecah rumah direkodkan di seluruh Terengganu.

“Menerusi borang maklum balas yang dihantar penghuni, kita dapat mengawal rumah mereka dengan mengadakan rondaan sebagai langkah pencegahan,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori