Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tak Perlu Ajar Wanita...

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng...

Fokus Utama Adalah Rakyat,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perbelanjaan yang...

Pemuda UMNO Desak Siasat...

SHAH ALAM - Pergerakan Pemuda UMNO Selangor menggesa pihak berkuasa menyiasat Menteri Sumber...

Kecoh Jaket Dipakai Melania...

TULAR... Ia hanya jaket biasa namun tulisan di belakang pakaian itu menyebabkan Wanita...

Tiada Laporan Aktiviti Godam Laman Sesawang Kerajaan Setakat Ini

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung cubaan untuk menggodam mana-mana laman sesawang milik kerajaan setakat ini, kata Timbalan Menteri Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata setakat ini pihak kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) belum menerima sebarang laporan dan akan terus memantau jika berlaku sebarang aktiviti yang mencurigakan.

“Belum ada laporan tapi kita (SKMM) bersedia sekiranya terdapat mana-mana agensi atau kementerian yang memerlukan bantuan dari segi teknikal untuk bantu mereka hadapi cubaan godam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malaysia IT Fair di sini, hari ini.

Beliau berkata SKMM menyeru mana-mana organisasi atau kementerian supaya berhati-hati dan memantau sebarang aktiviti yang mencurigakan melibatkan laman sesawang rasmi mana-mana kementerian.


Dalam pada itu Jailani berkata SKMM akan sentiasa memantau semua laman sesawang yang cuba mempromosi atau mengajak orang ramai menyertai perhimpunan haram Bersih 4 yang sedang berlangsung bermula hari ini hingga esok.

Semalam SKMM menyekat empat laman sesawang yang menyebar maklumat program perhimpunan itu. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori