Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Solat Jamak Tanpa Sebarang...

Apakah benar kita boleh jamak solat zuhur dan asar tanpa sebab? Maksud saya, bukan kerana sakit atau musafir atau trap in a traffic jam. Soalan ini merujuk kepada hadis yg disahihkan oleh al Albani yg menyatakan Rasulullah pernah

Arau: Pertembungan 2 Tokoh...

KANGAR - Kerusi Parlimen Arau menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

Peruntukan Berkaitan GEG Digugurkan...

KUALA LUMPUR: Peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok...

Kabinet Putuskan Eksport Ayam...

KUALA LUMPUR : Kabinet akan memuktamadkan keputusan hari ini, sama ada untuk membenarkan...

Tohmahan Berterusan Terhadap Najib Agenda Hancurkan UMNO

BERA – Tohmahan dan fitnah berterusan yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah agenda untuk melemahkan UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan ini dilakukan oleh pihak-pihak tertentu serta pembangkang setelah usaha mereka untuk menghancurkan parti dengan melakukan serangan kepada keluarga Najib sebelum ini gagal.

“Mereka ini nak hancurkan UMNO, nak tunjuk presiden (Najib) lemah, dahulu mereka cuba ‘serang’ keluarga Najib, tetapi tidak berjaya.

“Kini, apabila usaha itu tidak menjadi, presiden pula yang menjadi sasaran dan kita pula dibuai-buai dengan berita yang disiarkan dalam media sosial tanpa diketahui kesahihannya,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda, di sini, hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Bera yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir.


Sehubungan itu, Tengku Adnan menyeru semua anggota dan pemimpin supaya terus tetap pertahankan presiden parti kerana ia penting untuk mengelakkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) lemah dan hancur.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru semua anggota parti supaya kembali menghayati slogan UMNO iaitu ‘Bersatu, Bersedia dan Berkhidmat’ bagi memperkukuhkan kembali parti.

“Tunjukkan ini (bersatu, bersedia, berkhidmat) adalah cara kita, bukannya cantas-mencantas dan cah keting. Depan cakap lain, belakang cakap lain,” katanya.

Beliau juga menggesa anggota UMNO supaya mengubah sikap daripada suka berkhidmat untuk diri sendiri kepada berkhidmat untuk rakyat sebagaimana yang dituntut oleh parti.

Katanya, jika ini dipatuhi, sudah pasti parti itu akan kembali menerima kepercayaan daripada rakyat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori