Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tak Mau Bazir, Diana...

DEMI menyimpan wang bagi keperluan masa depan anak-anak, pelakon Diana Danielle berkata dia...

Kadar Dividen 5.70 Peratus...

KUALA LUMPUR - Kadar dividen 5.70 peratus bagi 2016 yang diisytiharkan Kumpulan Wang...

Bukan Sebarang Tua, Tapi...

AGAK-AGAK anda siapakah wanita warga emas ini? Jangan terkejut jika diberitahu bahawa wanita berusia...

Najib Dibebaskan Dengan Jaminan...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selesai memberi keterangan dan...

Tun M Barua DAP: Apa Nama Melayu Mudah Lupa?

KUALA LUMPUR – Bayangkanlah jika bukan kerana kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, perhimpunan haram Bersih 4.0 pasti tiada makna dan serinya. Opss ini bukan ayat sindiran tetapi pujian dari hati yang ikhlas.

Bagi portal propembangkang, kemunculan negarawan yang cukup disayangi rakyat Malaysia di Dataran Merdeka di ibu negara pada Sabtu itu ibarat hadiah amat bererti menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2015 pada Isnin.

Maklumlah, setelah penganjurnya sendiri gagal hasut rakyat, DAP pula terpaksa jadi ‘bidan terjun’ ambil alih himpunan jalanan itu akibat diboikot bekas sekutunya, Pas, namun sambutan rakyat tetap hambar lemah lesu.

Cuma mengharapkan bunyi bingit bising trumpet vuvuzela, himpunan tanpa permit itu hanya disertai kurang 30,000 orang; itu pun angka rasmi polis lebih rendah sedikit dengan anggaran kira-kira 20,000 orang sahaja.

Jumlah itu jauh lebih kecil daripada angka peserta Hari FELDA peringkat kebangsaan di Kuala Terengganu pada Ahad, bahkan himpunan 50,000 umat Islam bagi pertahan kalimah Allah di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu.

Opss lupa pula, macam biasa media antikerajaan jika benda baik akan tulis: “Hanya 50,000 masyarakat Islam berkumpul di sebuah stadium untuk mempertahan kalimah Allah dan sambutan program itu agak dingin.”

Ironi kalau himpunan Bersih pula jadi gempar habis dilapor: “Lebih 20,000 rakyat penuh sesak sanggup membanjiri semua laluan dan longkang di ibu kota” termasuk segala batang pokok dan tiang lampu tepi jalan!

Opss lupa lagi. Maklumlah Melayukan mudah lupa! Kedatangan Mahathir disambut ‘tangisan air mata’ gembira peserta Bersih 4.0 selepas musuh ketat tradisinya, Anwar Ibrahim yang dipecat beliau kini menghuni penjara.

Jika siri Bersih sebelum ini, bekas timbalannya itu menjadi ketua ‘menghuru-harakan’ ibu negara, kali ini Mahathir lebih sopan dan tiada ayat semangat ‘Rempuh!’ yang boleh bakar semangat peserta antikerajaan itu.

Memang betullah Melayu mudah lupa, dulukan penyokong PKR amat benci meluat sebut sahaja nama Mahathir sehingga digelar Maha Firaun, Maha Zalim, Maha Diktator dan apa sahaja konotasi berbaur ‘haram jadah’.

Baca: ‘Tolong Jangan Hadir Lagi, Please Tun Mahathir’ – Shahidan Kassim

Juga: Video: Gempar! Tun M Hadiri Himpunan Bersih 4.0?

DAP pula usah ceritalah bagaimana kejam Mahathir arah tangkap Lim Kit Siang dan ramai tokoh pembangkang selain mengharamkan beberapa akhbar dalam Ops Lalang yang jadi titik hitam terburuk demokrasi di Malaysia.

Ehh lupa pula. Maklumlah Melayu mudah lupa! Azmin Ali, MB Selangor dipalit skandal DEIG itu kan bekas anak didik Mahathir, pernah jadi pegawai khas sebelum dipinjamkan kepada Anwar masa di Kementerian Kewangan.


Mana boleh lupa cerita ketika Azmin masuk hospital kerana sakit teruk, Mahathir sanggup ‘curi’ masa ziarah dia di wad sambil usap dahi Azmin penuh kasih sayang dan arah doktor agar buat terbaik untuk rawat pegawainya itu.

Ishh lupa pula, sebelum Mahathir turun ke Dataran Merdeka, Azmin kebetulan lalu di situ berucap hasut rakyat untuk benci dan guling kerajaan UMNO, tetapi bukankah itu hipokrit sebab Mahathir masih lagi ahli UMNO!

Mungkin Melayu mudah lupa agaknya. Zaman Mahathir selama 22 tahun sebagai PM, kerajaan beliaulah konon paling demokratik, telus, adil masa pilihan raya dan segala macam demonstrasi haram ‘dibenarkan’ ketika era itu.

Sekali lagi ini bukan ayat sindiran sebab Melayu kan mudah lupa waktu Mahathir memerintahlah, kawalan media paling ketat, Akta Keselamatan Dalam Negeri amat digeruni dan pembangkang senyap macam orang bodoh.

Ishh takkan Melayu lupa. Oh ya Mahathir muncul waktu masuk azan Maghrib menyebabkan ramai geleng kepala. Penulis pun tahu lepas solat itu dan ramai jemaah di masjid yang maklum menerusi whatsapp pun ‘kerut dahi’.

Alamak lupa lagi. Mahathir kan baru datang dari menyampaikan ceramah ‘agama’ di Pasir Gudang, Johor sebelah siang dan beliau mestilah sedang dalam musafir, bolehlah buat solat jamak qasar Maghrib sekali dengan Isyak.

Tetapi yang keliling beliau itu ramai pula macam wajah orang Islam liberal. Mereka tak pergi solat ke atau masih bertaraf musafir buat solat jamak taqdim atau jamak taqkhir atau jamak ‘tak payah’. Ishhh Melayu mudah lupa!

Bersih 4.0 itukan anjuran DAP, ramai pula penyokong tegar datang. Peduli apa solat. Pas pun nafi foto jemaah solat di jalan itu ahlinya tetapi itu puak GHB! Tetapi adakah Mahathir dah jadi barua DAP? Wallahu a’lam! – Mynewshub.cc/HAA

Puisi: Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi

Kerana perjuanganmu belum selesai…

Nukilan: Dr. Mahathir Mohamad (Perhimpunan Agung UMNO 2001)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori