Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Perogol Bersiri Potong Organ...

SEORANG lelaki, yang ditangkap di Rusia beberapa hari lalu telah mengaku membunuh sekurang-kurangnya...

PDRM Mohon Inkues Kes...

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan inkues berhubung kes anggota...

Pelaburan, Perdagangan Bebas Menjelang...

MANILA - Negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu mengekalkan keutamaan paling...

Gambar Polis Renung Punggung...

ADAT menjadi seorang selebriti. Pergi ke mana-mana sahaja pasti menjadi tumpuan orang ramai.Baru-baru...

Wales Haramkan Hisap Rokok Elektronik Di Tempat Awam

LONDON – Penggunaan rokok elektronik bakal diharamkan terus daripada tempat-tempat awam seperti restoran, pub dan pejabat atau di tempat kerja di Wales, United Kingdom, lapor akhbar tempatan.

Menurut sumber, rancangan melarang penggunaan rokok elektronik di tempat-tempat tertentu itu dibuat di bawah undang-undang kesihatan yang baharu dan dikatakan akan dikuatkuasakan pada tahun 2017.

Namun, rancangan awal ini ternyata mendapat tentangan keras daripada segelintir kumpulan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang memang tidak akan bersetuju dengan idea ini sampai bila-bila.

Pihak kerajaan tempatan di Wales percaya bahawa penggunaan rokok elektronik ini akan dijadikan ‘alasan’ oleh golongan bawah umur untuk mula belajar menghisap rokok berbentuk konvensional.

Kerajaan tidak mahu melihat gejala merokok kembali menjadi sesuatu tingkah laku normal dalam kalangan masyarakat selepas berjaya melaksanakan kempen anti-rokok di wilayah tersebut.

Bagaimanapun, idea itu telah menimbulkan kontroversi daripada pihak penentang yang mendakwa penggunaan rokok elektronik adalah cara untuk berhenti menghisap rokok tembakau yang jelas memudaratkan kesihatan.

Antara garis panduan baharu mengenai penggunaan rokok elektronik adalah:

– Kedai perlu mendaftar dengan pembekal tembakau atau rokok elektronik. Hal ini bertujuan untuk mengekang penjualan secara haram kepada golongan umur bawah 18 tahun.

– Ia adalah satu kesalahan jika memberi atau menyerahkan tembakau atau rokok elektronik kepada kanak-kanak kecil dan ini termasuk penjualan secara online.

– Penggunaan rokok elektronik diterhadkan. Pengguna dilarang menggunakan rokok elektronik di tempat awam dan di tempat kerja termasuk di dalam lori dan teksi.


Garis panduan terbaharu ini nyata telah mencetuskan pelbagai kontroversi dan dikatakan akan dilaksanakan pada tahun 2017 namun belum ditentukan tarikh yang sebenar.

CIG

Dalam perundingan awam mengenai cadangan ini pada tahun lepas, sebanyak 79 peratus memberikan respons yang bertentangan dan tidak bersetuju dengan undang-undang baharu tersebut.

Media tempatan melaporkan, antara badan yang menentang keras pelaksanaan undang-undang itu termasuklah ASH Wales, Cancer Research UK dan Tenovus.

Manakala British Heart Foundation Wales, British Lung Foundation Wales serta Royal College of Physicians Wales mahukan kerajaan menunjukkan bukti yang lebih kukuh.

ROKOK

Menurut pengurus polisi tembakau, George Butterworth, di Cancer Research United Kingdom, penggunaan rokok elektronik adalah antara cara dan peluang untuk masyarakat meninggalkan tabiat menggunakan rokok tembakau yang membahayakan kesihatan mereka. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=T3VQWZnF3Lg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori