Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mengejutkan! Rakaman CCTV Tunjukkan...

SEBELUM ini, beberapa saksi yang berada di tempat kejadian telah mengesahkan penglibatan enam...

Wanita Rela Kahwin Sendirian...

ADALAH menjadi detik hitam bagi mana-mana pasangan yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan namun...

Sindiket Pelacuran Guna Aplikasi...

JABATAN Imigresen menahan 15 wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran...

Saya Bukan Klon, Dakwa...

ABUJA - Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari menafikan khabar angin yang berlegar di media...

Ulasan Ustazah Mengenai Isu Susu Lembu Timbul Kontroversi

SEORANG ustazah yang juga merupakan penceramah bebas dikecam hebat di laman sosial kerana cadangannya untuk tidak memberikan kepada bayi susu lembu.

Melalui rancangan Fiqh Wanita yang disiarkan oleh TV3 baru-baru ini, penceramah berkenaan mendakwa bayi yang diberi minum susu lembu akan cepat menjadi pemarah kerana DNA lembu yang sifatkan cepat marah telah masuk ke dalam badan bayi.

“Kalau kita bagi susu lembu, maka DNA lembu akan masuk ke dalam badan bayi. Jadi ia akan mempengaruhi akhlak bayi.

“Mungkin bayi akan membesar menjadi orang yang pemarah sebab lembu ini cepat marah,” ujar pendakwah tersebut di dalam rancangan itu.

susu 2lembu-aZyumiko (1)

susu lembu22-aZyumiko (2)

Disebabkan ulasannya itu, netizen khususnya golongan ibu yang tidak bersetuju dengan dakwaan itu, mengkritik ulasan yang dikatakannya dan menyifatkan ustazah terbabit tidak memahami sepenuhnya golongan ibu yang tidak dapat menyusukan anak dengan susu badan.

Adalah tidak ‘adil’ ustazah berkenaan berkata seperti itu kerana ada segelintir ibu yang tidak mampu mengeluarkan susu badan lagi yang mana dipengaruhi dengan faktor-faktor tertentu meskipun diperah menggunakan ‘teknologi’ perahan zaman ini.

Nasihat kami sebagai seorang yang suka menonton rancangan talk show berunsur Islamik, menjadi penceramah kini mungkin secara tidak langsungnya anda akan dilabelkan sebagai seorang selebriti.


Segala percakapan ataupun kesilapan yang kecil mungkin akan diambil kira dan selepas ini mungkin ustazah berkenaan harus lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan sebarangan pendapat.

Lumrah rakyat Malaysia kini apabila sudah menjadi berita yang panas lagi viral ini, faham-fahamlah, ada yang akan  mempertikai dan meragui kredibiliti seseorang yang bergelar sebagai pendakwah.

susu

Apa-apa pun jika anda melihat komen netizen terhadap perkara berkenaan, rata-ratanya sangat marah dengan ulasan ustazah berkenaan, lebih-lebih lagi kebanyakkan dari kita membesar dengan meminum susu lembu.

Ada yang memaki hamun beliau dan tak kurang juga yang amat emosi dengannya… seakan betul juga tanggapan ustazah berkenaan mengenai sifat ‘cepat marah’ orang kita.

Jadi untuk membuktikan kenyataan ustazah tu tidak betul, kita kenalah tenang dan berkhemah. Tegur kesilapan beliau secara baik dan penuh kasih sayang.

Setiap manusia itu tidak terlepas dari melakukkan kesilapan, di dalam kesilapan itu sebenarnya adalah batu loncatan untuk kita pelajari dan menjadi yang lebih baik di masa akan datang.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori