Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Video: Suara Pemuda Ini...

BERSESUAIAN dengan suasana Ramadan, negara jiran kita Indonesia sedang heboh memperkatakan tentang seorang pemuda...

Perusuh Bakar Kenderaan, Bangunan...

PARIS - Sekumpulan belia bertopeng dan sebahagiannya membawa batang besi dan kapak, merusuh...

Tengkorak Manusia Berusia 400,000...

LISBON - Pasukan arkeologi antarabangsa menemui fosil manusia purba tertua berusia hampir 400,000...

Marahkan Bini, Pondok Dibakar…

Sungai Petani : Marahkan isteri, pondok dibakar. Itu yang berlaku apabila seorang lelaki...

UMNO Pahang Berikrar Teguh Bersama Najib

JERANTUT – Badan Perhubungan UMNO Pahang berikrar akan terus teguh mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak akan membiarkan beliau berseorangan dalam menghadapi pelbagai konflik serta fitnah.

Pengerusinya yang juga Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Najib menjadi Presiden UMNO kerana dipilih oleh anggota parti, sehubungan semua anggota parti perlu mempertahankannya tidak kira apa jua cabaran mendatang.

“UMNO negeri berharap perdana menteri agar tabah hadapi cabaran. Saat-saat beliau dikecam kini, kita tidak akan biarkan Najib berseorangan kerana kita yang pilih beliau sebagai Presiden UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut di sini hari ini yang disempurnakan oleh Najib.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Jerantut Ahmad Nazlan Idris.

Dalam masa yang sama, katanya semua sayap parti iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri perlu bersatu padu memperkukuhkan parti dan mulakan gerak kerja untuk menawan hati rakyat.


“Perkara ini telah lama diperkatakan, tiga juta anggota UMNO sahaja tidak mencukupi untuk memenangi pilihan raya.

Sebaliknya kita perlu dekati dan ambil hati rakyat tidak kira ibu tunggal atau golongan miskin.

Kita tunjukkan UMNO dan BN (Barisan Nasional) buat kerja untuk memenangi hati rakyat semua peringkat dan dengan demikian, kerja pada pilihan raya nanti akan jadi lebih mudah,” katanya.

Untuk itu, katanya jentera UMNO negeri akan mula turun padang pada bulan Sept ini untuk memberikan penerangan tentang isu-isu semasa kepada rakyat selain menawan hati mereka. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori