Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pertukaran Guru Tidak Dibeku...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan pertukaran guru tidak dibekukan dan masih...

Sam: Buat Apa Cantik...

PELAKON Shaheizy Sam mengatakan dalam mencari calon isteri, dia tidak mementingkan paras rupa...

Saintis Kecoh Jumpa Kodok...

SYDNEY — Seekor kodok yang tampaknya seakan-akan memiliki penis berukuran sangat besar membingungkan...

Felda United, Kedah Tempah...

KUALA LUMPUR: Wakil pasukan kelab Felda United FC (FUFC) dan Kedah menempah slot...

UMNO Perlis Bebas Jemput Sesiapa Sahaja Rasmi Mesyuarat

KANGAR – Umno bahagian di Perlis diberi kebebasan untuk menjemput sesiapa sahaja bagi merasmikan mesyuarat bahagian masing-masing, kata Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Umno Perlis bersikap terbuka dalam soal ini kerana semuanya dalam satu keluarga,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada pemberita selepas menyerahkan mesin gergaji kepada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Perlis dan mesin pemotong rumput kepada Pusat Koreksional Perlis di sini, Khamis.

Beliau berkata kesemua tiga bahagian iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar tidak akan dilarang daripada menjemput mana-mana tokoh dalam Umno.

Shahidan berkata ahli Umno perlu mengambil sikap sederhana dan mengawal emosi mereka kerana terdapat pihak luar yang berusaha mempengaruhi mereka berikutan situasi politik masa kini. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori