Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Teruskan Bantuan Untuk Tangani...

JOHOR BAHRU - Rata-rata penduduk di Johor Bahru berpendapat pelbagai bantuan kerajaan dalam...

Didenda RM49,500 Tak Bayar...

KUALA LUMPUR ā€” Seorang pengarah syarikat pelaburan pesisir luar pantai didenda RM49,500 atau...

Muhyiddin Lancar SSPN-i Plus...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan...

Budak Lelaki Mangsa Dera...

ISKANDAR PUTERI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang menjadi mangsa dera ditemukan...

UMNO Perlu Terus Jadi Tunjang Kepada Kerajaan Memerintah

MUAR – UMNO perlu terus menjadi tunjang kepada kerajaan pemerintah yang ada sehingga hari ini, kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jangan kuburkan UMNO dan parti ini perlu kita kekalkan untuk terus menjadi kerajaan yang memerintah sehingga hari ini,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini.

Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata sebelum ini, anggota parti itu telah berjaya mempertahankan UMNO dalam apa jua keadaan dan beliau yakin mereka akan terus membela parti itu.

Beliau berkata apa yang penting adalah melihat negara terus makmur dan iklim ekonomi negara terpelihara dalam keadaan baik.


Katanya walau apapun yang berlaku, martabat UMNO perlu dimuliakan kerana ia merupakan tunjang kepada kejayaan parti.

“Kita sudah meletakkan UMNO di tempat yang tinggi dan kita sudah boleh berbangga menjadi rakyat Malaysia,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMNO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori