Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tugas MSA, MOM, MSN...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu atlet perahu layar...

Shisha Diharam Di Singapura...

SINGAPURA - Singapura mengharamkan pengedaran dan penjualan shisha berkuat kuasa esok, demikian diumumkan...

Kebakaran Musnah Persiapan Krismas...

MIRI - Persiapan menyambut Krismas esok bagi 35 penghuni rumah sewa kayu dua...

Bekas Ketua Hakim Negara...

BONGKAR... Ini bukannya cakap kosong orang tepi jalan. Siapa yang tidak kenal dengan...

UMNO Perlu Wujud Ramai ‘Keyboard Warriors’

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UMNO perlu mewujudkan lebih ramai ‘keyboard warrior’ bagi menangkis persepsi negatif terhadap parti di media sosial.

Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata perkara ini perlu memandangkan pembentukan minda masyarakat hari ini banyak bergantung kepada persepsi berbanding realiti.

Beliau menyifatkan penyebaran fitnah kini ‘di hujung jari’ disebabkan ruang siber menjadi medan perjuangan penting berbanding sebelum ini secara fizikal atau berhadapan.

Najib berkata UMNO kini dalam kemelut kerana pihak pembangkang tahu bagaimana untuk memanipulasi medan baharu itu.


“Pembangkang tidak perlu buat banyak. Mereka cuma perlu timbulkan persepsi, keraguan dan persoalan. Tidak perlu ‘deliver’ apa-apa.

“Mereka hanya perlu timbulkan persoalan di minda rakyat, yang cukup untuk menghakiskan kepercayaan kepada parti,” kata beliau ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang, di sini hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori