Sunday, September 8, 2024

Creating liberating content

Sarawak Tak Benarkan Rakyat...

BINTULU - Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk menyekat kemasukan rakyat China ke negeri...

DAP Tolak Pelawaan Tuan...

KUALA LUMPUR - DAP menolak pelawaan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan...

‘Captain America’ Meriahkan Sambutan...

KOSTUM Captain Amerika yang dipakai semasa Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Felda...

Kerajaan Digesa Bertindak Tegas...

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengambil langkah lebih tegas menerusi tekanan diplomatik yang wajar...

Video: Aksi Lucah Lelaki Gila Seks Ini Berjaya Dirakam

LANGSUNG tidak tahu malu, itulah yang boleh dikatakan mengenai tingkah laku seorang lelaki Melayu ini yang melakukkan aksi lucah di hadapan seorang wanita ketika di dalam LRT.

Video rakaman yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook, Wardah Hanum Za yang juga merupakan mangsa gangguan seksual dari lelaki berkenaan kini menjadi viral di media sosial.

Menerusi rakaman video berdurasi 15 saat itu, dapat dilihat lelaki tersebut ingin menunjukkan keghairahannya nafsu seksnya sehingga meraba-raba alat sulitnya di hadapan mangsa.


Aksi Tidak Senonoh Lelaki Sangap Di Dalam LRT oleh mynewshub

Menurut Wardah Hanum, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang menaiki LRT di laluan Ampang.

pervert3
Sumber gambar: Facebook Wardah Hanum Z A

“Seperti yang anda lihat, apa yang sedang dilakukan lelaki itu di dalam video sambil bercakap sesuatu yang tidak ingin saya kongsikan di sini,” katanya.

Jelasnya, lelaki itu telah mengekorinya sehingga masuk ke dalam LRT dan sengaja duduk di hadapannya.

Mangsa dalam info di Facebooknya turut memberitahu, memandangkan ia adalah perkhidmatan terakhir LRT, jadi suasana di dalam gerabak kereta api agak sunyi, kerana tidak ramai pengguna.


Video yang mula tersebar di laman-laman sosial itu turut mendapat reaksi amarah dari netizen yang berang dan jijik dengan tindakan lelaki berkenaan.

Seorang pengguna Facebook, Surayia Johanis menyelar aksi lelaki itu dengan berkata, ianya sangat tidak senonoh dan keji.

Manakala Ain Rashid pula berkata: “Ya Allah, pervert gila! Sangap tak ingat dunia lah tu. Wardah beli pepper spray lepas ni, kalau nampak lagi orang gila ni, sembur sahaja.”

Rosyamira Rose pula menyarankan agar mangsa terus membuat aduan polis disebabkan bukit daripada video yang dikongsikan adalah jelas mengenai perlakuan lelaki tersebut.

“Be careful Wardah Hanum Z A…don’t give him a chance… Lodge police report…you ade bukti yg kukuh tu…don’t let him repeated the same thing to you or others women’s…,” katanya.

Mangsa kemudiannya memberi peringatan kepada semua wanita agar berhati-hati terhadap lelaki itu dan laporan polis juga akan dibuatnya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori