Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Perbaharui Daftar Perniagaan, Tak...

HARI ini, sudah ramai peniaga yang menyedari kepentingan mendaftar perniagaan untuk memudahkan urusan...

Tupai Gemuk Tersangkut Celah...

BERLIN - Alahai! Seekor tupai di Jerman hampir mati ketika cuba berusaha keras...

Murid Masih Boleh Berkasut...

AKHIRNYA... Setelah kecoh dikutuk rakyat, peraturan pemakaian kasut warna hitam oleh murid di...

K’jaan Setakat Ini Belanjakan...

MARAN - Kerajaan setakat ini membelanjakan kira-kira RM800 juta menerusi Majlis Keselamatan Negara...

Video: Amoi ‘Bersih’ Kena Sound Dek Mat Salleh “Jangan Biadap!”

BUDI bahasa budaya kita. Itulah yang dididik sedari kita kecil oleh orang tua, kan? Tapi nampaknya, segelintir individu gagal menjiwai semangat tersebut lantas bertindak di luar norma.

Satu video dikongsikan ramai sejak semalam menyaksikan seorang wanita beraksi biadab dengan seorang lelaki ‘mat salleh’ ketika perhimpunan gelombang kuning Bersih diadakan.

Walaupun kejadian terbabit berlaku pada perhimpunan Bersih edisi ketiga iaitu pada 28 April 2012, namun rakaman berdurasi 32 saat kembali menjadi viral.

Pada saat awal rakaman, video tersebut menunjukkan seorang wanita berkaca mata hitam terus-menerus menghentam ‘mat salleh’ berkenaan yang juga jurukamera di tengah-tengah kesesakkan perhimpunan Bersih.

Untitled

Antara ayat kurang ajar yang disebut wanita tersebut adalah menghalau individu berkenaan dari Malaysia dan menuduhnya mengamalkan rasuah.

“…otherwise get out of this country.”

“You’re corrupted.”

Malah lebih ekstrem lagi, dia turut menggelar lelaki berkenaan bodoh!

Sepanjang kutukannya terhadap jurukamera berkenaan, si ‘nyonya’ itu bercakap dalam bahasa Inggeris, mungkin kerana ia bahasa utama dunia dan difahami orang asing, atau mungkin untuk menunjukkan dirinya lebih terpelajar.


Tapi dia silap apabila si jurukamera ‘mat salleh’ itu tidak berdiam diri dan membalas kembali kutukan tersebut dengan teguran tegas tapi sememangnya benar.

Lebih memalukan wanita tersebut, setelah penat dia berhujah dalam bahasa Inggeris supaya Mat Salleh itu faham, tapi apabila tiba giliran lelaki berkenaan, dia membalas dalam bahasa Melayu!

Untitled

“…saya orang Islam, saya tinggal di sini, isteri saya orang Malaysia. Jangan biadab.”

Mungkin kerana terkejut dengan kata-kata lelaki tersebut yang fasih bertutur bahasa Melayu, rakaman selanjutnya menunjukkan reaksi wanita tersebut yang terpinga-pinga sambil menahan malu.

Itulah, lain kali kalaupun nak tunjuk berani depan ‘geng’ sendiri, usahlah ada niat nak bodohkan orang lain ye ‘auntie’. Nah, kan dah malu sendiri. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Video Mat Salleh Tegur Kebiadaban Nyonya Peserta Bersih

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori