VIDEO seorang budak lelaki berusia 5 tahun yang sedang membawa sebuah motosikal jenis skuter di Vietnam kini viral di laman media sosial serta mendapat perhatian netizen.
Video berdurasi kurang dari satu minit menunjukkan budak lelaki itu menunggang skuter tersebut bersama seorang lelaki dipercayai bapanya.
Bapanya dilihat hanya membonceng di tempat duduk belakang sementara anaknya mengawal motosikal itu sepenuhnya di jalan raya yang penuh dengan kenderaan di Hanoi.
Bukan sahaja membahayakan nyawa semua orang, tindakan lelaki yang memberikan anaknya mengawal motosikal itu ternyata salah di sisi undang-undang.
https://www.youtube.com/watch?v=fQbnmmaNrdY
Video tersebut dipercayai dirakam oleh pengguna jalan raya yang lain dan ia meraih lebih 10 ribu tontonan sejak dimuat naik di laman Youtube. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Syfq