BAGI pendengar setia radio Mix FM, pasti anda tahu rancangan pagi mereka, Mix Breakfast with Aishah, Rod & Prem ada bermain satu game, Life Swap yang mana Aishah dan Prem perlu menukar kehidupan mereka di antara satu sama lain, baru-baru ini.
Tujuan mereka mengadakan game itu adalah untuk merasai sendiri bagaimana kehidupan yang dilalui seorang lelaki dan wanita dalam sehari-harian.
Kemuncak permainan ini adalah Prem perlu merasai sendiri pengalaman wanita mengandung seperti mana yang pernah dua kali dilalui oleh Aishah Sinclair.
Jika sebelum ini Prem pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan kehidupan wanita adalah lebih mudah daripada golongan Adam, namun selepas melalui sendiri proses ‘bersalin’, Prem kemudiannya meminta maaf di atas ‘keterlanjuran’ katanya itu.
Nah, tengok sendiri pengalaman Prem memakai baju mengandung yang mana dia perlu mengendong ke mana sahaja dia pergi selain menggunakan teknologi yang membolehkan seseorang merasai sendiri pengalaman sebenar seorang ibu melahirkan bayi mereka.
Pengajarannya, jangan sesekali menganggap dan membanding kehidupan seorang wanita itu mudah, sebab tak kira lelaki mahu pun perempuan, kehidupan kedua-duanya ada cabaran yang tersendiri perlu dihadapi dalam kehidupan ini, tak gitu? – MYNEWSHUB.CC