Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

UMNO Perlu Kenal Pasti...

KUALA LUMPUR - Umno perlu mengenal pasti siapakah 'warlord' dalam parti yang menyebabkan...

Gempa Nepal: 1,000 Warga...

KATHMANDU - Kira-kira 1,000 warga Eropah masih lagi hilang di Nepal, genap seminggu...

Tanah Runtuh: Mayat Keempat...

GEORGE TOWN - Mayat keempat mangsa tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya...

RM48.6 Bilion Pinjaman PTPTN...

KUALA LUMPUR - Seramai 2,643,734 peminjam telah menerima pembiayaan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan...

Video: Lelaki Jadi Mangsa Terbaru Eskalator Di China

INSIDEN ngeri yang melibatkan eskalator di China nampak gayanya semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Dalam tempoh seminggu, tiga kemalangan ngeri melibatkan mesin eskalator telah berlaku di negara itu.

Bermula dengan kematian seorang wanita berusia 30 tahun yang ‘dibaham’ hidup-hidup oleh eskalator dan diikuti pula dengan kemalangan membabitkan tangan seorang bayi yang tersepit di eskalator.

[TANGAN BAYI 1 TAHUN DIMAKAN ESKALATOR DI CHINA]

Kini, mangsa terbaru kemalangan membabitkan mesin itu adalah seorang lelaki yang juga pencuci di pusat membeli-belah di Shanghai.

Lelaki berusia 35 tahun itu dilihat ingin membersihkan eskalator sebelum secara tiba-tiba lantai mesin berkenaan telah mendap lantas ‘menelan’ kaki kirinya.

Kejadian tersebut menyebabkan kakinya yang termasuk ke dalam mesin itu terpaksa dipotong bagi mencegah kesan lebih buruk.

china

2B0EEF9A00000578-3183635-image-a-6_1438588981314

Menurut laporan media tempatan, sebanyak 73 kematian dan 82 kecederaan membabitkan eskalator di China telah berlaku sejak awal tahun ini.


Baru-baru ini juga, seorang wanita berusia 21 tahun dilaporkan telah mati dihempap elevator yang juga berlaku di negara tersebut.

Kemalangan seperti ini telah membuatkan orang ramai sentiasa berhati-hati dan takut untuk menggunakan eskalator.

2B0EEF8300000578-3183635-image-a-8_1438589084118

2B0EEF8F00000578-3183635-image-a-9_1438589133815

Mana tidaknya, macam-macam hal pelik berlaku di sana, mungkin lepas ini orang ramai patut praktikkan semula penggunaan tangga kerana terbukti lebih selamat.

– Agensi/MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=YkAfBsx2ZLo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori