Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Berkat Tabah Seorang Isteri,...

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Bait lirik lagu nyanyian allahyarham...

Cabul : Polis Terima...

PETALING JAYA : Polis setakat ini menerima empat laporan kes cabul kanak-kanak melibatkan...

Malaysia Di Landasan Tepat...

SINGAPURA - Keputusan kerajaan Malaysia melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), biarpun dikecam...

‘Kalau Air Naik, Saya...

Arahan bersiap siaga kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk terlibat dalam operasi banjir...

Video: Lelaki Minta Putus Dengan Kekasih Atas Roller Coaster

SEBUAH video mengenai sepasang kekasih yang memutuskan hubungan mereka di atas permainan roller-coaster kini mendapat perhatian netizen.

Patuh dengan arahan teman wanitanya, lelaki berkenaan dipercayai telah menaiki permainan ‘ngeri’ tersebut walaupun berasa takut.

Aksi mereka telah dirakam oleh sebuah kamera yang diletakkan di situ dan lelaki berkenaan yang dilihat begitu takut menaiki permainan tersebut kedengaran berkata ‘saya tidak mahu lakukan ini’ berulang kali.

Apabila dia berada di puncak landasan permainan itu, dia akhirnya melafazkan kata putus kepada teman wanitanya dan mengakhiri hubungan mereka di situ juga.

https://www.youtube.com/watch?v=4W2pQoiWsNM


Teman wanitanya yang kelihatan sangat seronok dan menikmati permainan tersebut akhirnya terdiam dan tergamam dengan keputusan kekasihnya itu.

Rata-rata netizen mendapati perkara tersebut sangat kelakar menyebabkan video yang dimuat naik di laman Facebook itu ditonton lebih 5 juta kali sejak isnin lalu.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori