VIDEO memaparkan aksi seorang lelaki memukul beberapa kanak-kanak kecil di sebuah rumah kini viral dan mendapat kecaman hebat daripada masyarakat.
Menerusi video berdurasi 2.11 minit itu, beberapa kanak-kanak berumur dalam lingkungan 5 ke 7 tahun kelihatan ketakutan dan meraung akibat dibelasah individu berhati syaitan terbabit.
Dari memukul dengan menggunakan rotan sehinggalah disepak terajang, rata-rata netizen amat berang dengan tindakan yang seolah hilang akal kerana tergamak memukul anak-anak kecil tanpa belas kasihan.
Lelaki ‘Syaitan’ Pukul Kanak-Kanak oleh mynewshub
Seorang pengguna Facebook menyifatkan lelaki terbabit adalah tidak waras dan mungkin dibawah pengaruh dadah.
“Lelaki ni mungkin dah gila kot, budak-budak kecik macam ni pun disepak terajang macam ni, dadah?” komen Mohd Saiful Bakhtiar.
Bagaimanapun, tidak diketahui siapakah pelaku kejam dalam video ini begitu juga tempat dan tarikh kejadian. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq