Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku...

Maszlee Akur Lepas Jawatan...

UNDUR... Setelah tekanan banyak pihak atas pelantikannya sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia...

Pembersih Vakum Kantoikan Perbuatan...

SEORANG lelaki di London, Deron Yapp kantoi curang selepas teman wanitanya menjumpai segumpal...

Remaja Buta Diangkat Menjadi...

SHAH ALAM - Seorang orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan sejak lahir tidak...

Video: Polis Kejar Lori Curi Dengan Kesemua Tayar Pecah

RAKAMAN video sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengejar sebuah lori curi tanpa tayar mendapat perhatian netizen di laman sosial.

Menerusi video yang dikongsikan di Facebook Friends Of PDRM, kecekapan anggota Unit Peronda PDRM (MPV) ketika mengejar lori berwarna putih kira-kira jam 2 pagi pada Isnin layak diberikan kepujian.

Dalam kejadian itu, suspek dikatakan membawa lori berkenaan bermula dari Sentul sebelum berjaya diberhentikan oleh pasukan polis di Dengkil.


Lori Curi Dikejar PDRM Di Dengkil oleh mynewshub

Menerusi rakaman, kelihatan keempat-empat tayar lori itu telah tiada dipercayai pecah terkena perangkap besi berduri yang dipasang oleh anggota polis.

Menurut maklumat daripada Facebook Friends Of PDRM, dalam kejadian kejar-mengejar antara polis itu, suspek turut melanggar antara tiga hingga empat palang sebelum berjaya diberkas polis.

Seorang pengguna Facebook mengucapkan tahniah kepada pihak PDRM diatas perkongsian video yang menarik kepada pengguna alam maya.


“Pehh! Macam dalam filem. Terbaik PDRM. Terima Kasih Admin kongsikan video ni.. saya bagi 10 bintang!” kata Encik Zapa.

Adegan kejar-mengejar itu melibatkan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan Subang Jaya.

Rata-rata pengguna media sosial memuji kecekapan anggota polis sehingga tertangkapnya suspek. - MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Sumber: Facebook Friends Of PDRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori