IBARAT seekor rusa diratah sekumpulan dubuk, begitulah perihal yang boleh digambarkan mengenai video ini yang memaparkan seorang pelajar di pukul oleh beberapa pelajar yang lain.
Menerusi video yang berdurasi 1 minit 45 saat, dapat dilihat bagaimana tujuh pelajar terbabit menghentam dengan bergilir-gilir sambil disusuli gelak tawa akibat daripada melihatkan reaksi mangsa yang tidak melawan.
Tujuh Pelajar ‘Baham’ Seorang Pelajar Di… oleh mynewshub
Mangsa yang masih lengkap berpakaian seragam sekolah serta menggalas beg berwarna hitam kelihatan tidak terdaya untuk mempertahankan dirinya sewaktu ‘dilunyaikan’ oleh pemukul.
Video tersebut pada mulanya telah tersebar melalui group whatsapp sebelum giat diperkongsikan ke laman Youtube dan Facebook.
Menurut maklumat juga, ketujuh-tujuh pelajar tersebut adalah merupakan pelajar di sekolah menengah Sultan Ahmad, Kuala Terengganu dan laporan terkini mendapati mereka telah ditahan oleh pihak polis.
Memetik laporan Berita Harian, kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – MYNEWHSUB.CC
Oleh: hzq