Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Justo: Siasatan Menjurus Cubaan...

SHAH ALAM - Pasukan penyiasat dalam kes bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre...

Zahid Jamin Tiada Ahli...

PRU15 | Barisan Nasional (BN) tidak akan melantik wakil rakyat atau ahli politik...

2,241 Murid Sekolah Rendah...

MELAKA - Sebanyak 2,241 murid sekolah rendah di negeri Melaka menerima baucer bernilau...

Emas, Perak Pertama Jadi...

PINGAT emas pertama kontinjen Malaysia pada Sukan SEA Vietnam 2021 hadir menerusi penerjun...

Wan Azizah Hasut Ahli Parlimen BN Tentang Najib

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang berusaha memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membangkitkan isu 1MDB yang dipalitkan ke atas Perdana Menteri.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun membuat alasan kononnya Ahli Parlimen BN perlu berbuat demikian bukan kerana kepentingan pembangkang tetapi demi rakyat dan kebenaran.

“Kita tidak punyai masa yang banyak, negara kita di ambang krisis dan mala petaka ekonomi yang luas. Saya menggesa Ahli-Ahli Parlimen BN yang masih sayangkan negara untuk mendengar suara rakyat yang mendahagakan kebenaran. Janganlah berdiam diri di dalam isu 1MDB ini.

“Janganlah takut, kerana rakyat pasti akan bersama kita,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pejabat Perdana Menteri baru-baru ini bagaimanapun meminta semua pihak lebih-lebih lagi anggota pentadbiran supaya menunggu hasil siasatan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Semua pihak diminta mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepemimpinan negara serta kerajaan.

Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat pelbagai tuduhan ‘tidak berasas’ termasuk kehilangan RM42 bilion milik 1MDB walaupun penjelasan telah dibuat oleh kerajaan turut dikecam kerana menyumbang kepada terhakisnya kepercayaan terhadap kerajaan dan parti.

Pejabat Perdana Menteri menegaskan, siasatan sedang dijalankan dan ruang perlu diberi kepada Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan itu untuk menjalankan tugasnya. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • 1MDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori