Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kimanis Kekal Milik BN,...

BEAUFORT - Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis menerusi kemenangan calonnya, Datuk...

Gambar Neelofa Duduk Sebelah...

SEBELUM ini Neelofa pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan dia kini sedang berkawan dengan kerabat...

GAMBAR: Terbaik! Siti Nurhaliza...

DALAM banyak-banyak gambar yang dimuat naik para selebriti ketika beraya, gambar yang dikongsi oleh...

Kerajaan Jamin Tarif Elektrik...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengulangi jaminan tarif elektrik tidak akan dinaikkan sepanjang tahun...

Wanita Dikritik Sebab Kutuk Orang Naik Motor Beli Drive Thru

KAEDAH belian secara pandu lalu atau drive thru yang diamalkan kebanyakan restoran makanan segera sememangnya menjimatkan masa.

Pelanggan juga tak perlu bersusah payah matikan enjin dan beratur di kaunter untuk mendapatkan pesanan.

Apa yang ingin diceritakan di sini ialah tindakan seorang wanita dikenali sebagai Intan Farhana yang memuat naik foto sebuah motosikal yang turut sama beratur bersama-sama kenderaan lain untuk mendapatkan pesanan makanan mereka di laman Facebook miliknya.

Dengan keterangan gambar yang bertulis, “Aku laki bini terkejut bila tengok mamat nie dengan awek dia, berdekah terkekek aku dengan laki aku. Ini drive thru bukan ride thru.”

Mungkin merasakan perkongsian gambar itu sebagai suatu bahan lawak, namun lain rupanya yang jadi.

Kebanyakan netizen sebaliknya ‘membahan’ semula wanita terbabit yang dikatakan seolah-olah menghina dan memerli penunggang dan pembonceng motosikal yang ingin menggunakan khidmat drive thru.

Mereka menyifatkan wanita itu macam baru keluar dari gua, kerana tidak pernah melihat situasi seperti itu.


Yelah, masakan tidak, cuba anda teliti gambar-gambar di bawah ini, bukan hanya motor yang drive thru sebaliknya individu yang menggunakan basikal, troli mengangkat barang malah ada juga yang datang dengan menunggang unta.

Drive thru menggunakan basikal.
Drive thru menggunakan troli mengangkat barang.
Drive thru sambil menunggang unta.

Tapi, unta tu kita tak dapat lah lihat fenomenanya itu di sini. Hehe..

Jadi buat Intan Farhana, tak pasal-pasal nak berkongsi kisah lucu mengikut pemahamannya, alih-alih kena backfire dengan pengguna media sosial yang lain.

Pengajarannya, lain kali berhati-hatilah dengan setiap posting anda ya..

– MYNEWSHUB.CC

Drive Thru Invisible Driver Prank

1 komen

  1. Haaaa tu la padah dia.dok ngutuk org konon skali Allah bg cash kt ko huhu.jgn nk ‘nan’ ‘nan’ sgt boleh? Dengan lah mek! Dh mcm budak x cukup umo ko nih dok nan nan.lempang skali tau la.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori