China – Hanya kerana diminta menukar tempat duduk, seorang pekerja keretapi telah diserang oleh satu keluarga hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan luka, calar dan lebam.
Pekerja wanita itu yang tidak mendedahkan namanya berkata, 12 ahli keluarga tersebut bertindak demikian selepas mereka diminta berpindah ke tempat duduk yang lain dalam keretapi laju atas alasan keselamatan.
Ketika itu mereka dalam perjalanan dari stesen Changsa ke Nanchang.
Menurut pekerja terbabit yang memuatnaik dalam media sosial, penumpang tersebut tidak memberikan kerjasama kepadanya lalu mereka mula memaki hamunnya.
Mereka kemudiannya mula memukulnya dan konduktor dalam keretapi laju itu.
Wanita itu berkata, selepas kejadian tersebut, majikannya melepaskan penumpang terbabit tanpa mengambil keterangan mereka manakala dia pula diminta tidak membuat laporan kepada polis.
Dia juga diminta bercuti dan diberikan wang hanya 200 yuan untuk rawatan.
Bengang dengan keadaan itu, wanita tersebut telah menulis dalam media sosial dan ia kemudiannya dibaca lebih 500,000 kali.
https://www.youtube.com/watch?v=5toWVucYtA4&spfreload=10