Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Hamil Anak Sulung Julia...

KUALA LUMPUR: - Pelakon berdarah campuran, Julia Ziegler sah hamil empat bulan. Berkongsi berita...

Parah Ditembak Jiran Di...

Miri - Nyawa ibarat telur di hujung tanduk, itulah keadaan dilalui seorang lelaki...

Dikutuk Kerana Suara Tak...

Ramai peminatnya tahu, aktres cantik yang juga seorang ahli perniagaan ini turut terjun...

Isteri, 2 Anak Bekas...

ISTERI kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle Fund), Allahyarham...

Wanita Disiasat Polis Tampal Pelekat #TangkapNajib Di Kereta

AKIBAT memasang pelekat kenderaan yang bertulis #TangkapNajib, seorang wanita di Kuching, Sarawak dipanggil untuk disoal siasat oleh pihak polis kerana dipercayai cuba menghasut.

Difahamkan, pelekat kenderaan itu ditampal pada cermin belakang kereta milik wanita berkenaan jenis Hyundai Elantra berwarna putih.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, ACP Roslan Ahmad Bek dalam satu kenyataan mengesahkan laporan menyiasat wanita berusia 31 tahun itu.

“Lebih kurang jam 3 petang semalam (Isnin), sepasukan anggota polis yang sedang membuat rondaan di Jalan Kulas, Kuching telah terserempak dengan sebuah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat perkataan #TangkapNajib berwarna putih dibelakang cermin kenderaan tersebut,” ujarnya.

Tambahnya lagi, hasil semakan pihak polis kemudian mendapati pemilik kenderaan tersebut adalah seorang wanita.


Susulan itu, pemilik kenderaan tersebut telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk membantu siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan jika didapati bersalah wanita terbabit boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, Roslan turut menasihati orang ramai agar tidak mempamerkan pelekat yang seumpama itu dimana-mana bahagian kenderaan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: FreeMalaysiaToday

https://www.youtube.com/watch?v=4-hab-t-4wo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori