MELAKA – Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas gagal pulang setelah keluar memancing di Tanjung Bidara, Alor Gajah, malam tadi.
Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Melaka, Kamarulzaman Mohd Din berkata mangsa Johari Ali, 72, dilaporkan keluar memancing berseorangan dengan menaiki bot kira-kira pukul 8 malam tadi.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.41 pagi tadi dan seramai 11 anggota dari Balai Bomba Jalan Kubu dan Masjid Tanah sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat sejak pukul 11 pagi tadi.
“Operasi masih diteruskan dan setakat ini belum ada perkembangan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini. – BERNAMA