Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Agensi Pelancongan Berdepan Tindakan...

BEIJING - Agensi pelancongan yang menjejaskan imej negara dengan tindakan yang menyusahkan pelancong...

Minta Polis Siasat Surat...

IPOH - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir hari in meminta...

Kerajaan Setuju Beri Elaun...

Kuala Lumpur : Kerajaan bersetuju pemberian elaun tambahan bertugas 'on-call' bagi kakitangan perubatan...

Patuhi SOP, Elak Kluster...

PUTRAJAYA - Kewujudan 'Kluster Raya' dapat dielakkan jika umat Islam mematuhi prosedur operasi...

Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah Simbah Asid

ALOR SETAR – Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah dengan menggunakan cecair dipercayai asid, di Kuala Kedah, bulan lepas.

Ahmad Taib, 65, didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera parah ke atas Khairul Izzat Mohd Zaki, 22, pada 25 Julai, pukul 5.15 petang di hadapan rumah tidak bernombor, Kampung Baru, Kuala Kedah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Ayu Rohaiza Khazali yang mengendalikan pendakwaan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Lim Wei Yong meminta anak guamnya diberi jaminan yang minimum memandangkan faktor umur dan kesihatan.


Tertuduh kata beliau yang sekarang tidak bekerja, pernah mengalami strok pada 2010, selain perlu menyara isteri dan dua anaknya yang masih kecil masing-masing berusia empat dan tujuh tahun.

Hakim Rusita Md Lazim kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 September ini sebagai tarikh sebutan kes. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori