Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Selangor Mampu Kekal Piala...

DENGKIL - Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin pasukan bola sepak...

Ketua Pembangkang India Akan...

KUALA LUMPUR – Lebih 500 orang dijangka menghadiri Pertemuan Belia India Malaysia...

Rayani Air Mulakan Penerbangan...

KOTA KINABALU - Rayani Air Sdn Bhd, syarikat penerbangan patuh syariah pertama di...

Ini Bukan Soal RM2.8...

PUTRAJAYA - Kontroversi pemimpin DAP terkenal, Lim Guan Eng nampaknya bukan sahaja berkaitan...

Warga Pakistan Mengaku Salah Sogok Polis RM100

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga Pakistan mengaku bersalah hari ini atas tuduhan memberi suapan RM100 kepada seorang anggota polis supaya tidak mengeluarkan saman terhadapnya kerana melakukan kesalahan jalan raya pada Mei lepas.

Sheroz Khan, 20, membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen di sini selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Slamat Yahya.

Tertuduh didakwa memberi suapan kepada Lans Koperal Sokongan Rohazan Arif yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan saman selepas dia didapati tidak memiliki lesen memandu dan kenderaan dipandu tiada perlindungan insurans ketika diperiksa.

Sheroz Khan didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Sungai Pinang 4/1 Industri Pulau Indah, Pelabuhan Klang, pada 6.50 petang, 13 Mei lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 17 (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.


Hakim Slamat menetapkan 1 Sept ini untuk fakta dan hukuman.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Mohammad Heikal Ismail sementara tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori