Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tidak Bersenam Kerana Kurang...

KUALA LUMPUR - Kaji selidik yang dijalankan oleh Cilisos.my dan Fitness First keatas...

Tindakan Ahmad Said Didorong...

KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata tindakan Anggota Dewan...

Siap Sedia Hadapi Fasa...

PETALING JAYA : Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menasihatkan orang ramai supaya peka,...

UMNO Pecat Tun Faisal...

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat...

Warna, Cop Penyelenggaraan Sahkan Flaperon Dari MH370

SERPIHAN sayap pesawat atau flaperon yang ditemui di Pulau Reunion dipastikan datang daripada MH370 berdasarkan kesan materi penyelenggaraan (maintenance seal) yang sepadan dengan rekod yang ada pada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), kata Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai.

Pengesahan flaperon ini turut dipersetujui secara sepakat oleh pasukan penyiasat negara di Perancis, termasuk anggota dari Jabatan Penerbangan Awam dan MAS.

Kes MH370 Jadi Bahan Kutuk PM, Mana Simpati Pada Mangsa?

Tambah Liow, warna flaperon juga disahkan sama seperti MH370 oleh pasukan penyiasat negara namun keputusan rasmi tetap tidak dikeluarkan hinggalah proses pengecaman seperti diminta Perancis selaku negara tempat objek tersebut ditemui, mengesahkannya.

Dari segi lokasi seterusnya bagi mencari bangkai pesawat, Liow berkata Malaysia akan menyerahkannya kepada budi bicara pakar untuk menentukan sebelum keputusan sebulat suara dibuat dalam satu mesyuarat yang diadakan antara Australia, Malaysia dan China.

Beliau berkata, usaha pencarian MH370 kini dilaporkan semakin cerah berikutan penemuan bukti fizikal yang sudah sah daripada pesawat tersebut. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH370

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori