Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

MATTA Mahu Bajet 2018...

GEORGE TOWN – Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) berharap Bajet 2018...

RM753,000 Baiki Kerosakan Di...

KUALA LUMPUR  - Kerajaan Selangor bersetuju memperuntukkan dana berjumlah RM753,000 menerusi beberapa agensinya...

PAS Nasihat Tun M...

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS menasihati mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Mayat Wanita Reput Dalam...

KULAI: Mayat seorang wanita dipercayai meninggal dunia lebih dua minggu lalu ditemui dalam...

Wartawan Mati Dibelasah Hanya Kerana Kritik Pemain Bola

Azerbaijan – Hanya kerana mengkritik seorang pemain bola sepak di dalam Facebook, seorang wartawan meninggal dunia selepas dibelasah oleh lima lelaki.

Rasim Aliyev meninggal dunia di hospital sehari selepas dipukul. Kematiannya akibat pendarahan dalaman.

Beliau sebelum itu telah mengatur pertemuan untuk bertemu dengan pemain bola sepak terbabit, Jasid Huseynov ke rumahnya, namun setibanya di situ, Rasim telah dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Dalam entri Facebooknya, Rasim menuduh Jasid sebagai tidak bermoral dan manja apabila mengibarkan bendera Turki ketika perlawanan Liga Eropah di Cyprus. Jasid bermain untuk kelab FC Gabala di Azerbaijan.


Ketika ditemui di katil hospital, Rasim menceritakan bagaimana dia diserang setibanya di rumah Jasid.

Susulan kejadian itu, Jasid telah digantung perlawanan.

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori